MelanKoli SekEpING Hati
Harapkan mentari.. hati sentiasa kelam
Indahnya kelam..sabar menanti suria kembali
Ku tunggu-tunggu ku nanti-nanti
Andai ianya tumbuh lagi seperti bunga mekar mewangi
Jalan-jalan tenangkan fikiran
Selalu melayang pandang yang terang
Hiburkan diri jenaka jiwa lara
Girangnya lapang hati kusenang
Jangan nangis jangan mengalah
Hidup ini jalannya jauh harus gagah
Tawakal redha kawal ibadah
Teguhkan iman Insyallah terjaga akidah
Menang kerana mulut bermadah
Kalah kerana bisanya didedah
Patah tumbuh hilang berganti
Prinsip dipegang kuatkan diri
Biar ianya berlalu biar ianya pergi
Nescaya satu hari kembali menerangi..
Sang cinta mencari jiwa
Lari mencari bimbang ianya hilang
Tolong satukan rasa yang indah
Semoga hidup kekal bersama hingga hayatnya pemutus segala..
Melankoli sekeping hati
Merintih sendiri tiada yang peduli
Kisah hati takkan sama yang lain
Kerana empunya hati merasa sendiri..
- La Rue-
No comments:
Post a Comment