Nuffnang ads

Sunday, 18 March 2012

KamU yang SaTu

Agungnya ciptaan-MU
Aku bersyukur karna KAU ciptakan untuk kebahagiaanku
Aku berjanji dengan amanahmu supaya menjaga dirinya
Sebaik hati sepenuh jiwa seluruh raga

Indahnya bila kau jadikan dirinya kekuatan untukku
Sentiasa menghargai apa yang diberikan
Sentiasa redha apa yang ditakdirkan
Agar aku selalu menyayangi diriMU penciptaku..

Perasaan itu sentiasa tertanam dihatiku
Ku percaya Kau ciptakan perjalanan kerana ada hikmahnya
Ujian yang ku perlu harungi sepanjang hayat hidupku
Ku akur dengan apa yang telah dan bakal aku gapai

Andai terhenti rentakku
Ku harap insan disekelilingku
Ingat dan doakan aku agar aku sampai dan bersama dengan golonganMU
Akan ku lengkapkan hidup dengan sisa cinta yang ada
Aku redha aku terima semua balasannya..

Ku dambakan setiaku padamu Tuhan
Tiada lain yang indah melainkan DIRIMU
Berserah dengan segala yang ada
Usaha untuk mencapai apa yang ku inginkan
Berkatilah ibadat dan amalan untuk aku sentiasa dekat pada MU

Seribu satu langkah seribu satu perjalanan
Akan ku jalani akan ku tempuh untuk masa depan
Terima kasih kerana KAU masih meneruskan jiwaku bernafas
Semoga dengan keyakinanMU merubah aku menjadi insan yang tabah

-LaRue-

No comments:

Post a Comment