Nuffnang ads

Monday, 12 March 2012

HaliMunaN

Otak bila dah banyak pikir, semua rasa or benda akan kita coba luah.. Aritok ada sigek gik coretan pakey kongsi semua..Enjoy

HaliMunaN

Didepanku kau berselindung dibelakangku kau nampakkan zahirnya
Tidakkah kau merasa yang ianya hanya sekadar menutupi suatu realiti
Sedarlah dari amarah itu bangkit untuk kehadapan

Jangan jadikan diri seperti halimunan
Kerana mahu menjauhi hati dari dicintai dan menyintai
Kau rela bermuka dan biar kejam merasuk hati
Tapi harus sedar dan aku yakin itu tidak akan kemana-mana

Aku tau apa puncanya aku tau apa silapnya
Peluang kedua untuk mengubah tidak akan ku pinta
Kerana sikap halimunan itu sudah cukup memberiku petanda
Kau tidak mahu.. tidak teruja untuk kali kedua

Cuma satu ingatan khusus untukmu
Aku percaya dunia berputar, aku percaya ada rahmatnya
Aku percaya rasa itu akan tiba.. cuma sabar dan berdoa agar semuanya seperti sediakala...

-La Rue-

(Those who interested to share or need me as writer just buzz me here !! )

No comments:

Post a Comment