Nuffnang ads

Tuesday 30 October 2012

TaRi

Kau tarikan rentak jantungku
Tak berhenti degup kerana limpahan rasamu
Satu mimpi jadi realiti
Kau dihatiku ku tari rentakmu

Puja rasa cinta indah
Bila kata jadi nyata
Renung kedalam mata kasarku
Ku tahu kau jujur untukku
Ku hadiah seluas padang ini
Untuk kau dan aku merealisasi
Impian yang lama kita jejaki
Kini tiba masa kita tunaikan janji

Nyanyikan lagu indah
Siulkan rasa gembira
Bahagia kita berdua
Menari tari rasa kita bersama
Tak akan ku bercinta lagi semuanya jadi milikmu kini
Hanya mampu ku bersyukur kerana kurniakan kau untukku
Aku perlu pergi jauh
Mencari kehidupan baru
Ku coba beri kau seribu satu
Rasa indah bukan rasa pilu
Dihatimu..

Cuma rasa akan berbeda
Bila kita jauh dimata
Percayalah aku setia selamanya
Sayang kau seorang yang aku cinta

Tari menari hayunkan badan
Mengikut melodi alunan irama
Gaya tariku tanda ku cinta padamu
Ku cipta istimewa lahir dari hatiku
Kekanan kekiri goyangkan bahu
Diudara ku alunkan suara
Tari melodi nyanyian dari hati..
Mari berdansa gembira raikannya..

Sayang.. Kamu.. Aku.. Janji..Kamu..


-La Rue-

No comments:

Post a Comment