Nuffnang ads

Monday 29 October 2012

Pendua

Kerana satu rasa yang pergi
Ku kunci hati ku jauh diri
Memandang ke langit rasa redha
Terima seadanya salah ku jua

Jawapan sudah lama ku tahu
Sengaja ku tempuh derita kerana suka
Aku hidup dengan rasa itu
Tanpa ku tahu kau perhatikan perilakuku

Usah dicoba usah teruja
Dengan apa yang aku ada
Tak perlu pendua untuk segalanya
Biar aku sendiri tempuh duka ini

Lari jauh buang watak itu
Jangan dituruti kata bencimu
Aku sekadar meluah rasa kecewa
Aku tak mahu duka ku menjadi cerita

Cerita duka tak perlu disimpan
Kerana gembira untuk selamanya
Ubah caramu jangan ikut naluriku
Biar kau corak cara hidupmu
Tanpa kau jadikan aku inspirasimu

Kau tak akan paham tak akan nilai
Mengapa aku biarkan saja hati terhiris sedih
Menjalani kehidupan yang bersama abadi
Bersama angan yang tak mungkin terjadi
Itu aku bukan dirimu

~La Rue~

No comments:

Post a Comment