Nuffnang ads

Monday 29 October 2012

Cemburu

Putus tak bisa disambung
Pepatah hati tak mungkin ku ubah
Kasih terlerai janji berkecai
Kerana cemburu ku jelajah seluruh luka

Ruang cinta ku warnakan hitam
Ku padam warna putih kerana ceritanya tiada
Sebak ku kenang derita tanpa suara
Biar ku pendam ku tak mahu luahkannya

Cemburu sukar ditepis kerana percaya
Percaya sayang itu sentiasa terikat
Tapi ku sedar kerana cemburu aku tinggalkannya
Amarah tak mampu ku biarkan bergelora

Maaf andai kau teramat terluka
Maaf kerana ku tak mampu mengenalmu
Kita berada didunia berbeza
Yang sama hanya cinta tetapi sekadar kata

Biar ku undur diri ku doa kau bahagia
Buang cemburu itu pesanku
Simpan cerita buang derita
Maafkan aku..

No comments:

Post a Comment