Terdetik seketika bila ku lihat wajahmu
Dimana agaknya penghujung yang kita cipta
Adakah duka atau gembira
Ku tak pasti kerana dirimu semakin jauh untuk berada dilandasan
Landasan dua hati untuk bersatu
Detik semakin dekat tapi sebenarnya makin samar
Kehangatan kasihmu semakin hilang bahangnya
Mana silapnya patutkah kembali ke tempat asal
Mungkin di antara detik itu aku teralpa akan kehadiranmu
Aku cuba teroka
Ingatanku terhadap jalan cerita sukar untuk dilupa
Setiap cerita ku simpan sentiasa diminda
Hati berkata-kata mencari punca
Tapi ku akur kerana hanya dirimu penentu akhirnya
Detik itu mengajarku untuk melangkah dan berdikari
Tanpa dirimu untuk memandu perjalanan cinta
Biar ku lari dan lepas dari seksa rasa hati
Usah ku nangis menagih simpati
Biarkan saja berlalu pergi
Detik itu sudah ku kunci
Biar ku buang ku cari yang lain
Semoga kali ini detik ku impi akan terjadi
Aku terus berjuang mengikat dua hati
-La Rue-
No comments:
Post a Comment