Apa makna bahagia
Bila zahir ceria tapi hati terluka
Apa makna bahagia
Bila dirinya gembira kita rasa derita
Apa makna bahagia
Jika rasa itu salah kta tafsir sama sahaja
Itukah yang ku perlukan..?
Tak pernah terlintas untuk jadi sejujurnya
Tak tercapai dek akal aku jadi wataknya
Ku mainkan cerita ku mainkan rutinnya
Ternyata hidup ini alah bisa tegal biasa
Wujud seketika akan pergi jua
Yang pasti.. Semua itu sudah tertulis dari azali
Cuma kita corakkan hati dengan takdir yang tertulis
Ada yg serupa ada yang berbeza
Namun cara kta menghadapinya menuju arah yang sama..
Aku kau mereka orang yang sempurna ciptaan-Nya
Lalui bahagia yang berbeza berbagai caranya
Namun jauh disudut hati terdetik disebalik ..
Apa makna bahagia
Bila zahir ceria tapi hati terluka
Apa makna bahagia
Bila dirinya gembira kita rasa derita
Apa makna bahagia
Jika rasa itu salah kta tafsir sama sahaja
Itukah yang ku perlukan..?
Seandainya bicara ini mengundang nestapa
Jangan risau sentiasalah berdoa agar
Semuanya reda, diberkati Yang Esa
Kerana hanya DIA yang mampu mengubah segala
Bahagia dicipta derita direka
Pilihan rasa mengubah segala..
-La Rue-
No comments:
Post a Comment